Tindakan paling Bodoh seorang lelaki telan 200 logam..!


INDIA – Apabila Rajpal Singh, 34, memaklumkan bahawa dia sakit perut, para doktor di sebuah hospital di Punjab menyangka dia mengalami keracunan makanan ataupun ulser.
Namun mereka tidak menyangka sama sekali bahawa punca kesakitan tersebut adalah akibat tabiat Rajpal yang gemar makan bahan besi dan logam.

22


Lelaki Telan Lebih 200 Logam Untuk Atasi Tekanan

Doktor menemui sebanyak 140 duit syiling, 150 paku, bateri kecil, skru dan magnet. Semua bahan berkenaan ditelan oleh Rajpal sejak tiga tahun lalu akibat tekanan.
Dengan menelan objek tersebut, Rajpal yang mengalami masalah keluarga itu dapat melupakan kemurungan yang dialaminya.
“Saya biasanya menelan syiling dan bahan logam itu bersama dengan jus dan susu.
“Doktor yang merawat saya memberitahu bahawa objek tersebut boleh menikam usus saya dan saya juga boleh mati,” katannya.
Susulan itu doktor terpaksa melakukan 240 endoscopy untuk mengeluarkan bahan tersebut namun hingga kini masih ada baki logam berkenaan dalam badan Rajpal.
Disebabkan keadaan badannya yang lemah itu, doktor terpaksa menunggu beberapa hari lagi sebelum proses endoscopy dijalankan semula. – MYNEWSHUB.cc

0 Response to "Tindakan paling Bodoh seorang lelaki telan 200 logam..!"

Post a Comment