Lebuhraya Scotland sesak akibat Seekor anjing pandu Traktor..!


SEBUAH kejadian pelik telah berlaku di sebuah lebuhraya di Scotland sehingga berlaku kesesakan lalu lintas.
Ia gara-gara seekor anjing dipercayai memandu sebuah traktor di lebuhraya M74 berdekatan dengan Abington di South Lanarkshire, semalam.

Kejadian itu segera mendapat perhatian dan viral selepas akaun twitter Traffic Scotlandmemaklumkannya.
Video anjing memandu; SAKSIKAN VIDEO TERSEBUT DI SINI.

Anjing yang digelar Don itu dimiliki oleh seorang peladang di situ dikesan berada di tempat pemandu ketika itu.
Don dipercayai mengawal traktor itu dari ladang tuannya hingga ke jalan raya yang sibuk itu.
Mujur tiada kemalangan berlaku dan tiada kecederaan dilaporkan berlaku.
– MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Lebuhraya Scotland sesak akibat Seekor anjing pandu Traktor..!"

Post a Comment