Ini sesuatu yang perlu diambil serius oleh pihak berkuasa Malaysia selepas klip video berdurasi kira-kira seminit mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan negara di mahkamah pada 18 Februari ini yang dimuat naik sekumpulan empat lelaki bertopeng.
UPDATE-1: Bercakap kepada Harian Metro, Nora Danish enggan beri komen lanjut namun akan bertindak membuat laporan polis berkaitan perkara ini.
Kumpulan yang menggunakan ID pengguna YouTube ‘isis malaysia 69′ yang dianggotai empat lelaki terbabit memberi amaran bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah itu akan dilakukan dengan membakar mercun pada jam 11.30 malam.
Malah kumpulan itu turut menghasut seluruh anak muda negara ini turut serta membantah dengan cara mereka di dalam keterangan video tersebut.
“Mahkamah seluruh Malaysia akan menjadi sasaran kami untuk diletupkan simbolik terhadap kepincangan sistem judiciary Malaysia. Dengan ini kami menyeru seluruh anak muda Malaysia untuk bersama kami,” catat mereka dalam keterangan video itu.
Anda boleh membaca berita lanjut tentang isu ugutan ini di The Rakyat Post & yang lebih menarik perhatian kami adalah cara kumpulan ini menggunakan gambar Nora Danish untuk membuktikan yang mereka adalah rakyat tempatan.
Laporan Selanjutnya korang boleh lihat DI SINI.
Laporan Selanjutnya korang boleh lihat DI SINI.
0 Response to "Pengganas Malaysia Tunjuk Muka Nora Danish Jadi Viral Di Internet."
Post a Comment