Punggung Feeya Mengundang Kritikan Kerana terlalu Seksi Semasa Mengacara MLM.


Penampilan Feeya Iskandar yang dikatakan terlalu seksi semasa mengacarakan minggu Maharaja lawak Meega (MLM) 2013 mengundang kritikan dan tomahan dari peminat di laman forum sosial.

Bercakap kepada Harian metrio hari ini berhubungan kontroversi tersebut, Feeya mengakui terkejut dan berasa sedih dengan tuduhan mereka sedangkan dia merasakan penampilannya memang bersesuaian dengan konsep MLM.

"Saya tak faham kenapa orang perlu pertikai sampai macam itu sekali, Saya tak rasa diri saya seksi, saya akui cemuhan itu satu tammparan dan cabaran untuk saya secara peribadi."

"Pada awalnya, saya ingatkan benda itu tak ada apa-apa. Kesilapan itu menjadikan satu pengajaran buat saya agar lebih berhati-hati dan sensitif pada masa akan datang."

Penyampai radio Sinar FM itu turut melahirkan perasaan terkilannya kerana buat pertama kali penampilan beliau di MLM menarik perhatian umum walaupun perkara tersebut tidak keterlaluan seperti dicanangkan

"Saya akui memakai seluar agak ketat selalunya ketika mengacarakan MM ataupun di luar waktu kerja sebab saya rasa selesa begitu dan itu adalah diri saya."

"saya pun pelik, banyak lagi benda lain, bahagian seluar dan punggung saya menjadi isu. Saya hanya menjadi diri senndiri dan tidak menyangka pakaian dan penamilan saya menimbulkan perasaan kurang senang kepada segelintir pihak."

Dalam pada itu, Feeya menafikan cuba bersikap gatal dan tergedik-gedik untuk menarik perhatian sesetengah peserta MLM. Katanya, dia berbuat demikian bagi memenuhi konsep MLM yang ceria dan bertenaga.

"takkanlah saya nak mengendalikan program itu secara sopan santun dan tertib sedangkan MLM menjadi tenaga dan gila-gila."

"Saya seronok mengendalikan prohram itu dengan cara saya ceria. Tak tahu pula benda menjadi satu masalah. Ujurnya, saya malas nak ambil pusing."






0 Response to "Punggung Feeya Mengundang Kritikan Kerana terlalu Seksi Semasa Mengacara MLM."

Post a Comment