Budak Lelaki Bawah Umur Diculik Dan Diliwat Oleh Tiga Lelaki Di Sebuah Permis.


Klang - Seorang budak lelaki diselamatkan anggota polis selepas diculik serta diliwat tiga lelaki di sebuah premis berhampiran kawasan pembakaran mayat.
Mangsa berusia belasan tahun itu turut dipukul teruk suspek selepas dilarikan dari kawasan perumahan berhampiran Taman Bayu Perdana, Bukit Tinggi di sini, sekitar jam 2.30 pagi kelmarin.
Sumber berkata, kejadian berlaku apabila mangsa dihampiri seorang pengawal keselamatan bertanyakan petak meletak kenderaan di kawasan itu.
Menurutnya, pengawal keselamatan itu kemudian mendakwa rakan mangsa mahu berjumpa dengannya sebelum membawa mangsa ke lorong sunyi berhampiran.
“Bagaimanapun dua lelaki berusia 30-an dikatakan muncul sebelum memukul mangsa bertubi-tubi. Mangsa kemudian ditolak masuk ke dalam sebuah kereta walaupun menjerit meminta tolong.
“Difahamkan mangsa kemudian dibawa ke kawasan pembakaran mayat oleh dua suspek,” katanya, lapor Harian Metro.

0 Response to "Budak Lelaki Bawah Umur Diculik Dan Diliwat Oleh Tiga Lelaki Di Sebuah Permis."

Post a Comment