Artis Terkenal Memuatnaik Gambar Intim Mengundang Kemusykilan Orang Ramai.


Langit masih menangis tak berhenti-henti siang malam, pun begitu dalam kedinginan cuaca, kami tetap menerima bahan cerita panas daripada rakan-rakan yang setia mengikuti perkembangan dunia hiburan tanah air.

Jiwa kami tiba-tiba jadi pijar tatkala cerita ini dihabiskan ke telinga yang mengisahkan seorang artis yang menjadi bahan bualan setelah memuatnaik gambar intimnya dengan seorang wanita di internet yang akhirnya menjadi tatapan ribuan mata dan wanita itu adalah isterinya sendiri.

Memang tidak salah memuatnaik gambar bersama isteri, tetapi yang mula mengundang kemusykilan di hati ramai orang ia adalah gambar intim mereka berdua.

Kalau ilmu agama sudah seluas samudera, sepatunya artis itu tidak muah terasuk dengan hasutan duniawi, malah dia wajar mengingatkan orang ramai terutamanya remaja jangan mudah memperdagangkan harga diri di laman sosial kerana kelak merana diri sendiri.

Ini tidak, dengan artis itu hanyut sekali. bagaimanapun khabarnya gambar itu sudahpun dipadamkan.



Kepada artis yang semakin dikenali ramai itu, berhati-hatilah menyusuri langkah agar jangan tersandung lagi. Dengan segala ilmu yang ada di dada, anda sepatutnya menjadi insan yang boleh menerapi hidup orang lain dan bukanlah sebaliknya.

0 Response to "Artis Terkenal Memuatnaik Gambar Intim Mengundang Kemusykilan Orang Ramai."

Post a Comment