Al-Fatihah: Pelajar UITM Pulau Pinang Maut Dikelar.


BUKIT BINTANG - Seorang penuntut wanita di sebuahUITM Pulau Pinang telah mninggal dinia selepas dikelar di leher dalam satu kejadian di Lebuh Raya PLUS KM 228.2 Menghala Selatan di sini.

Kejadian yang berlaku pada pukul 11.55 pagi itu, mangsa Nursyuhada Bt Johari, 20, pelajar tahun pertama 1 di UITM Permatang Pauh yang memandu sebuah kereta Proton Perdana warna hitam telah ditemui oleh pengguna motosikal yang sedang melalui kawasan terbabit.

Menurut saksi kejadian, Md Ikhbal B Ahmad, mangsa dilihat telah keluar daripada kereta melalui pinti pemandu dan jatuh ke atas jalan dengan seorang lelaki keluar darippada kereta sambil menarik mangsa ke tepi.

"Selepas menyedari kehadiran saksi dan orang ramai yang berhenti untuk membantu suspek tersebut telah cuba melarikan diri dengan memasuki kawasan hutan yang berdeatan.

"Semasa mendekati mangsa saya telah melihat ada kesan darah pada lehernya dan tiba-tiba suspek muncul kembali untuk mendapatkan telefon bimbit yang ada di dalam kereta.

"Suspek telah berkkata meminta maaf dia telah buat silap dan juga berkata "Dia tak mampus Lagi ke?" 

Menyedari kehadiran kembali suspek orang ramai telah menangkapnya dan menyerahkan kepada pihak polis.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Kangsar dengan ambulan pada pukul 2.00 petang dan disahkan meninggal dunia di Hospital.

Menurut jurucakap pihak polis ASP Rahim B Abdul Rahman, siasatan awal, suspek Syarafi B Abu, 24, yang bekerja sebagai tukang masak di Melaka dikatakan mempunyai masalah mental dan juga merupakan teman lelaki mangsa.

Pihak polis menemui sebilah pisau lipat yang digunakan suspek telah dibuang di bawah bukit tepi lebuhraya.

Kes disiasat dii bawah Sekksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dengan niat yang boleh dijatuhkan hukuman gantung sehinggah mati mandatori.

Punca daripada kejadia tersebut anda boleh baca DI SINI.


0 Response to "Al-Fatihah: Pelajar UITM Pulau Pinang Maut Dikelar."

Post a Comment